KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KAMI TADAHKAN

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak ( Reg. No.
3092-11-PRK) atau Rumah Nurul Iman adalah sebuah badan bukan
kerajaan ( NGO ) yang mengedalikan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim
dan Miskin Nurul Iman ( No.Pend. JKM A/P JB KK 089/2011).

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak dengan aktif
menjalankan aktiviti memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan
kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma.

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak ditadbir oleh satu
jemaah jawatankuasa yang berkuasa menentukan perjalanan pertubuhan
dan urus tadbir dan hal ehwal kewangan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim
Dan Miskin Nurul Iman .

Bagi memastikan perjalanan kerja sosial Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul
Iman Negeri Perak mencapai matlamat, segala urusan kerja sosial akan
dijalankan mengikut dasar yang telah ditetapkan dan kehendak undang-
undang Kerajaan Malaysia.

♥ TERIMA KASIH ♥


© PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK.
2017 All Rights Reserved.
Morny Lam